Isnin, 5 Disember 2016

Peribahasa/ pepatah Melayu

Peribahasa, Pepatah Melayu dan Kata-kata Hikmat

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan hi! ^,^ Senarai peribahasa ini saya harap dapat membantu anda terutamanya calon SPM.. Peribahasa atau pepatah Melayu ni bukan sahaja penting untuk Bahasa Melayu kertas 1 dalam karangan tapi penting juga untuk bahasa Melayu kertas 2 sebab peribahasa sahaja memegang 6 markah yang menentukan anda dapat A ataupun menentukan anda lulus atau tidak . 

Dalam SPM bahasa Melayu kertas 2,soalan berkaitan peribahasa boleh ditanya dalam bentuk ;
  1. Tulis peribahasa yang sama maksud
  2. Berikan maksud peribahasa
  3. Bina ayat menggunakan peribahasa yang diberi  
LET'S START!!!

A

*adakah buaya menolak bangkai?
 =seseorang yang jahat tetap akan melakukan kejahatan

*adat bersendi syarak, syarak bersendi hukum (kata-kata hikmat)
 =kehidupan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan hukum

*air dicencang tidak akan putus
 =dua orang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

*air susu dibalas dengan tuba / *bunga yang diberi, tahi yang dibalas
 =budi dibalas kejahatan

*air yang tenang jangan disangka tiada buaya
 =kalau pendiam jangan disangka bodoh atau penakut

*alah bisa tegal biasa
 =kerana terbiasa, perkara yang susah pun tak terasa lagi

B

*bagai cendawan tumbuh selepas hujan
 =terlalu banyak dalam satu masa

*bagai dihiris dengan sembilu
 =perihal hati seseorang yang terlalu sakit, pedih dan sedih

*bagai menatang minyak yang penuh
 =penuh kasih sayang

*bagai pahat dengan penukul
 =bekerja hanya kalau diperintah

*bagai pelita kehabisan minyak
 =seseorang yang telah hilang serinya

*bagaimana acuan begitulah kuihnya / *bagaimana contoh begitulah gubahannya
 =sesuatu itu menurut asalnya

*bahasa istana / *bahasa dalam
 =bahasa yang digunakan dalam istana

*bapa borek anak rintik
 =anak menurut baka(sifat) bapa

*bawah angin
 =negeri-negeri di timur

*belakang parang kalau diasah lagikan tajam
 =biar bodoh, kalau belajar akan menjadi pandai

*beralih akal
 =berubah fikiran

*berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
 =suka dan duka ditanggung bersama

*berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi (kata-kata hikmat)
 =sekiranya menuntut ilmu tidak tamat, tidak akan memberi sebarang faedah

*bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
 =kata sepakat didapati melalui rundingan

*bunga yang diberi, tahi yang dibalas / *air susu dibalas dengan tuba
 =kebaikan yang dibuat tetapi mendapat balasan yang tidak baik

C

*curi tulang
 =pemalas

D

*di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
 =seseorang itu mempunyai cita-cita pasti dia akan berusaha untuk mencapainya

*durian runtuh
 =keuntungan yang datang tanpa disangka

*gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
 =meniru lagak orang kaya, akhirnya susah sendiri

H

*harapkan sokong, sokong membawa rebah / *harapkan pegar, pegar makan padi
 =orang yang kita percayai mengkhianat kita

*hidup bagaikan roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah
 =lumrah kehidupan kadangkala senang dan kadangkala susah

*hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
 =tempat sendiri lebih baik berbanding tempat orang

*hujan jatuh ke pasir
 =melakukan perkara yang sia-sia

I

*ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul
 =menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tapi dia sendiri silap

J

*jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
 =cinta-cita tanpa usaha tidak akan tercapai

K

*kerja tangan
 =hasil usaha sendiri menggunakan tangan

L

*laksana layang-layang putus tali
 =hidup tanpa arah(tujuan)

*lontar batu sembunyi tangan
 =berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu

M

*masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak
 =menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling

*mata pena lebih tajam daripada mata pedang (kata-kata hikmat)
 =hasil tulisan seseorang yang berilmu akan lebih berkesan daripada senjata

*melentur buluh biarlah dari rebungnya / sedang rebung mudah dipatah, jadi buluh melepuh jari
 =melatih anak biarlah dari kecil

*memahat sejarah, mencipta tamadun (kata-kata hikmat)
 =melakukan sesuatu untuk dikenang sepanjang masa

*mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
 =mencari salah orang lain sedangkan diri sendiri lebih banyak salah

N

*nasi sudah menjadi bubur
 =sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi

P

*patah kemudi perahu hanyut
 =apabila ketua mati, pengikut kucar-kacir

*pelanduk dua serupa
 =dua orang yang serupa wajahnya

S

*sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
 =sayangkan anak dan isteri biarlah berpatutan

*sebab nila setitik rosak susu sebelanga
 =kejahatan yang sedikit merosakkan susu yang banyak

*sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa (kata-kata hikmat)
 =kecelakaan yang dihadapi angkara tutur kata sendiri

*sedang rebung mudah dipatah, jadi buluh melepuh jari / *melentur buluh biarlah dari rebungnya
 =melatih anak biarlah dari kecil

*sediakan payung sebelum hujan
 =berjaga-jaga sebelum ditimpa kesusahan

*seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit
 =seorang membuat salah, semuanya terbabit

*sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
 =pekerjaan yang sukar berjaya disempurnakan jika dilakukan dengan tekun

*sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua
 =orang pandai sekalipun akan tersilap

*seperti anjing dengan kucing
 =selalu bertengkar
*seperti cincin dengan permata
 =sama-sama cantik

*seperti gunting makan di hujung
 =buat dengan dia-diam dan perlahan-lahan

*seperti katak di bawah tempurung
 =cetek ilmu pengetahuan

*seperti lembu dicucuk hidung
 =seseorang yang hanya mengikuti apa yang diarahkan walaupun perkara itu tak benar

*seperti melepaskan anjing tersepit
 =melakukan kebaikan kepada seseorang yang tidak tahu membalas budi

*seperti udang dibakar
 =muka yang kemerah-merahan

*sudah jatuh ditimpa tangga
 =sudah malang bertambah malang

Y

*yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
 =perkara yang baik dijadikan panduan manakala perkara yang buruk dijadikan sebagai  garis pemisah dalam melakukan sesuatu

*yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
 =yang diusahakan tidak dapat, yang ada hilang